Sunday, April 5, 2009

Pengenalan kepada HISMAT UIA KUANTAN

MUKADDIMAH

Bismallahirrahmanirrahim...

Jolokan sebagai jurubicara masyarakat adalah sesuatu yang sinonim dengan mahasiswa sejak penubuhan universiti-universiti di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, kami memikirkan bahawa perlunya kepada penubuhan Himpunan Mahasiswa Terengganu (HISMAT) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan yang diharapkan dapat memperkasakan mahasiswa Terengganu dari setiap sudut kehidupan di samping menjaga kebajikan anak-anak Terengganu yang menuntut di sini. HISMAT ini juga merupakan cetusan idea daripada persatuan mahasiswa Terengganu di Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya, institusi sebelum kami melangkah ke sini, iaitu Gabungan Anak Terengganu (GATE).

VISI

Ke arah Memperkasakan Mahasiswa Terengganu

MISI

Menjaga kebajikan mahasiswa Terengganu.
Membantu masalah ekonomi ahli.
Sebagai medium pengislahan dan tarbiyyah mahasiswa Terengganu
Mengeratkan ukhuwwah antara mahasiswa Terengganu.

PENUTUP

Konklusinya, sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan mengatur sesuatu perkara namun sebaik-baik perancang dan ketentuan adalah hak milik kekal dan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Justeru itu, kami memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Kami amat mengharapkan tunjuk ajar daripada mana- mana pihak dalam usaha untuk merealisasikan visi dan misi kami ini.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."(AL-BAQARAH: 216)

No comments:

Post a Comment