Wednesday, July 1, 2009

Allah Matlamat Kami


"Wahai Mujahid dan mujahidah"

WazakkiR Fainnaz ZikRa TanfauL MukmiNiN...

"Unggul Bersama Islam"

"Perjuangan Islam tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini"

Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLAH,

pasti Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.."

(Surah Muhamad:ayat 7)

Allah Tuhan kami
Rasulullah s.a.w Ikutan kami
Al-Quran panduan kami
Jihad Jalan Kami
Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami

"Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku, dan Matiku hanya kerana Allah"

Monday, April 27, 2009

Menanti Adik-adik Baru


Kepada pelajar-pelajar lepasan Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya yang akan memasuki UIAM Kuantan tidak lama lagi, abang-abang dan kakak-kakak HISMAT di sini mengalu-alukan kedatangan anda ke bumi UIAM Kuantan. 

Manfaatkan masa cuti adik-adik (bagi yang sedang bercuti) sebaik mungkin dan bagi yang sedang mengambil semester pendek, teruskan perjuangan di medan ilmu.

Kami menanti kedatangan kalian. 

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM!!

Sunday, April 12, 2009

Bittaufiq Wannajah!



HISMAT UIAM Kuantan ingin mengucapkan 'Selamat Menghadapi Imtihan' kepada semua ahli HISMAT khususnya yang mengambil sistem semester...Bittaufiq wannajah!!

Kabinet Baru Malaysia

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas tani
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Menteri Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Sunday, April 5, 2009

Organisasi HISMAT UIAM Kuantan

Mas'ulah:
Rubiah binti Ismail
Tahun 3, Kejururawatan
rubiahismail@gmail.com

Presiden:
Ahmad Yusoff bin Awang
Tahun 2,Perubatan
usop_jihad@yahoo.com

Naib Presiden 1:
Mohd Abdul Hadi bin Yusof
Tahun 3, Bio-Perubatan
aquarius_biru@yahoo.com

Naib Presiden 2:
Wan Syahirah Nabilah binti Md Radai
Tahun 2, Bio- Perubatan

Setiausaha:
Shahibul Afzan binti Wahab
Tahun 3, Pergigian
fauzan_azima86@yahoo.com

Bendahari:
Wan Noor Rabiatul Akmalia bt Wan Abdul Razak
Tahun 2, Pergigian
jahada_solehah87@yahoo.com

Biro Kebajikan:
Mohammad Imran bin Ahmad
Tahun 2, Perubatan
badai_sure@yahoo.com
Nik Aina Asyarah bt Nik Abdul Ghani
Tahun 3, Dietetik
sofwatul_mukhatarah@yahoo.com

Biro Informasi:
Mohd Shahril bin Mohd Puzi
Nur Amalina binti Abdullah
Tahun 2, Pergigian
raudhatussyifa_yahoo.com.my

Pengenalan kepada HISMAT UIA KUANTAN

MUKADDIMAH

Bismallahirrahmanirrahim...

Jolokan sebagai jurubicara masyarakat adalah sesuatu yang sinonim dengan mahasiswa sejak penubuhan universiti-universiti di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, kami memikirkan bahawa perlunya kepada penubuhan Himpunan Mahasiswa Terengganu (HISMAT) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan yang diharapkan dapat memperkasakan mahasiswa Terengganu dari setiap sudut kehidupan di samping menjaga kebajikan anak-anak Terengganu yang menuntut di sini. HISMAT ini juga merupakan cetusan idea daripada persatuan mahasiswa Terengganu di Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya, institusi sebelum kami melangkah ke sini, iaitu Gabungan Anak Terengganu (GATE).

VISI

Ke arah Memperkasakan Mahasiswa Terengganu

MISI

Menjaga kebajikan mahasiswa Terengganu.
Membantu masalah ekonomi ahli.
Sebagai medium pengislahan dan tarbiyyah mahasiswa Terengganu
Mengeratkan ukhuwwah antara mahasiswa Terengganu.

PENUTUP

Konklusinya, sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan mengatur sesuatu perkara namun sebaik-baik perancang dan ketentuan adalah hak milik kekal dan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Justeru itu, kami memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah agar dipermudahkan segala urusan. Kami amat mengharapkan tunjuk ajar daripada mana- mana pihak dalam usaha untuk merealisasikan visi dan misi kami ini.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."(AL-BAQARAH: 216)

Friday, March 27, 2009

Pelancaran Blog HISMAT UIA Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini 28 Mac 2009 bersamaan 1 Rabi'ul Akhir 1430, blog HISMAT UIA Kuantan dilancarkan, yang bertujuan untuk menghimpunkan pelajar-pelajar Terengganu yang sedang menuntut di UIAM Kuantan...